Wednesday, August 24, 2016

Mengapakah Saya Cepat Letih Ketika Hamil?

Cepat merasa letih adalah perkara normal untuk ibu hamil. Kenapa? Ketika mengandung, sistem tubuh kita mengalami perubahan yang besar. Kalau dulu, kita boleh bergerak aktif bukan saja di pejabat malah di rumah. Tapi, oleh kerana perubahan yang berlaku pada tubuh ketika hamil menyebabkan ibu hamil cepat penat dan tak lagi boleh bergerak seaktif dulu.

Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh kita bekerja lebih daripada biasa terutamanya dalam trimester pertama. Pada ketika ini plasenta terbentuk sebagai sumber pemakanan kepada bayi dalam kandungan. Hormon dan metabolisma tubuh kita juga berubah dengan ketara. Selain itu, kadar gula dan tekanan darah dalam tubuh juga selalunya akan lebih rendah dari paras normal. Inilah yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih dan mengantuk.



Adakah Keletihan Ini Akan Berlanjutan?

Sebenarnya, berapa lama tempoh keletihan ini adalah berbeza untuk setiap individu. Pada kebiasaannya, ibu hamil akan mengalami keadaan cepat penat dan keletihan ini dalam tempoh trimester pertama dan trimester ketiga. 

Dalam trimester yang pertama, wanita yang hamil kebiasaannya akan mengalami gejala morning sickness pada peringkat awalnya seperti rasa loya tekak, hilang selera makan dan muntah-muntah. Ibu hamil dinasihatkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya pada awal-awal kehamilan kerana tubuh sedang berkerja keras ketika peringkat awal kehamilan.

Kebiasaannya gejala morning sickness ini akan mula beransur-ansur kurang apabila masuk ke trimester kedua atau minggu ke 14 hingga minggu 16 kehamilan. Tetapi ingat, ada juga ibu-ibu yang mengalami gejala morning sickness sehingga ke minggu yang ke 20 atau lebih!

6 Cara Untuk Mengatasi Mabuk Hamil Ini

1.0 Peka dengan isyarat yang diberi oleh tubuh
Cubalah tidur lebih awal di waktu malam untuk merehatkan tubuh terutamanya di waktu awal kehamilan. Dapatkan rehat yang secukupnya dan tidurlah ketika masih ada peluang untuk tidur awal tanpa rasa bersalah!

Ketika bekerja pula, jika keletihan cubalah ambil sedikit masa makan tengahari untuk lelapkan mata dalam 15 minit. Walaupun singkat, tetapi tidur sebentar ini mampu memberikan kesegaran kepada tubuh!

2.0 Ubah Jadual
Wanita takkan boleh lari daripada tanggungjawab menguruskan kerja-kerja di rumah walaupun sebagai wanita bekerjaya. Cubalah untuk mengubah jadual bersesuaian dengan keadaan kita mengandung. Minta suami untuk turut sama membantu menguruskan rumahtangga dalam waktu-waktu ini dan jangan lakukan kerja-kerja berat. Yang penting, anda dapat kurangkan waktu menguruskan kerja-kerja rumah bagi merehatkan badan.

3.0 Diet Yang Sihat
Pastikan tubuh mendapat diet yang sihat lengkap dengan karbohidrat, kalsium, protein dan sebagainya untuk memastikan tubuh mendapat tenaga yang secukupnya dan nutrien yang diperlukan. Cuba sasarkan untuk makan lebih banyak buah dan sayur dari biasa iaitu sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

4.0 Amalkan Senaman Ringan
Ibu hamil amat digalakkan untuk melakukan senaman ringan sepanjang kehamilan untuk memberikan kecergasan kepada tubuh. Senaman ringan seperti berjalan-jalan atau berenang akan membantu kita untuk tidur lebih lena di waktu malam disamping memudahkan kita untuk proses melahirkan anak nanti.

5.0 Bertahanlah Wahai Ibu!
Apabila kandungan telah masuk ke trimester kedua, mudah-mudahan gejala morning sickness ini berkurangan atau hilang. Bertahanlah untuk tempoh-tempoh awal kehamilan ini dan berdoalah agar keadaan akan bertambah baik. Selain itu, amalan rohani seperti zikir dan solat adalah terapi terbaik dan memberi lebih kekuatan untuk menghadapi tempoh ini.

Perlukah Pengambilan Supplemen Untuk Ibu Hamil?

Bukan sesuatu yang mudah untuk ibu hamil makan seperti kebiasaannya pada tempoh mabuk hamil ini. Alahan yang teruk atau sering muntah kadang-kadang  membuatkan ibu hamil fobia dan sekaligus hilang selera makan. Perut kosong akan buat kita cepat letih. Jadi, jangan biarkan perut kita kosong. Cubalah makan sedikit demi sedikit tetapi kerap.

Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil supplemen/makanan tambahan untuk ibu mengandung agar ibu dan bayi kekal mendapat nutrisi yang diperlukan serta membantu tubuh kekal cergas, sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan ini.

1. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER PERTAMA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN ZAT BESI)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)



2. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER KEDUA & KETIGA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
  • Energy Soy Protein (ESP - lengkap dengan protein yang diperlukan oleh tubuh)





Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari.

Assalamualaikum.

Your Shaklee Independent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461

Instagram: @shaklee.shira

No comments:

Post a Comment