Friday, December 25, 2015

Set Penyusuan Shaklee Tidak Berkesan?

Keluhan ini biasa didengari oleh ibu-ibu yang dah ambil set menyusu tetapi tidak menjadi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan set menyusu ini tidak berkesan iaitu:

1.     Kurang mengosongkan payudara: Ibu harus ingat susu yang dibiarkan penuh dan tidak dikeluarkan samaada dengan cara pam atau direct feeding akan mengurangkan kuantiti susu seterusnya. ini adalah kerana susu yang dibiarkan penuh di dalam payudara selama 3 jam atau lebih memberikan signal bahawa demand baby semakin berkurangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk sentiasa kosongkan payudara dalam masa 3 jam. Jika bayi susu sebelah saja, sebelah lagi haruslah dipam segera. ibu tidak perlu takut jika sebaik sahaja mengepam, anak menangis minta susu, dan susu dah jadi ringan. Ini adalah kerana susu yang ringan bermaksud hanya HINDMILK yang tinggal. Hindmilk inilah yang mengenyangkan anak. Hindmilk ini juga tidak mudah dikeluarkan hanya melalui pam sahaja, kebiasaanya ibu perlu melakukan marmet iaitu picit susu yang akhir sekali kerana ianya agak pekat dan itulah butiran susu yang paling berharga dan mengenyangkan sekali.

2.     Kurang minum air: Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan pengambilan vitamin ini sia-sia sahaja. ini adalah kerana air lah yang membantu vitamin dapat menyerap di dalam badan dengan sempurna. Tambahan lagi ibu menyusu pasti akan berasa haus samaada setelah benyusukan bayi ataupun setelah pam kerana sudah tentu 80% kandungan susu ibu adalah daripada air. 

3.     Stress: Stress juga merupakan faktor utama susu menjadi kurang. lebih-lebih lagi jika anda terlalu terdesak untuk membuat stok susu yang secukupnya untuk bekalan anak keesokan hari. Stress akan mengurangkan penghasilan susu kerana stimulasi susu melalui otak tidak berjalan dengan sepenuhnya. ibu yang sedang stress perlu rileks dahulu sebelum mengepam susu, alihkan tumpuan kepada perkara lain yang menyenangkan seperti melihat gambar anak. Cubalah lakukannya, dan anda akan mendapati hasil yang berbeza,

4.     Ibu berdiet: Selepas bersalin, selalunya ibu begitu terburu-buru untuk diet dan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing kembali. Akibatnya, ibu skip makan dan ini menyebabkan susu berkurangan. Ibu tak perlu risau, di bawah ini nanti akan saya berikan info bagaimana hendak kekal kurus sambil menyusu. Selepas itu, jangan takut untuk makan walaupun 4 pinggan nasi sehari, semakin banyak anda makan, semakin banyak susu keluar, dan semakin kurus badan anda. menyusukan bayi dengan kerap dan pump susu yang banyak akan bantu mengecutkan rahim dengan cepat dan mengembalikan bentuk badan yang ideal dengan segera.


5.     Breast Pump yang tidak sesuai: Ibu harus berani mencuba pelbagai jenis pump susu kerana setiap pump memberikan hasil yang berbeza.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh whatsapp
Shira 0133484461
 Serta Shira akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul kepada semua customer2 yang purchase dengan Shira SAHAJA :) 

No comments:

Post a Comment