Tuesday, December 29, 2015

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri

Assalamualaikum.
Antara soalan2 famous yang Shira dapat adalah, " Shaklee ada tak supplement untuk meningkatkan kesuburan? Kami suami isteri dah kawen 3 tahun, tapi masih belum ada rezeki dikurniakan zuriat"
Jawapannya, MESTILAH ADA.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya impikan cahayamata. Ada yang sudah bertahun bernikah tapi belum ada tanda-tanda si isteri berbadan dua. Shira yakin anda disini adalah untuk mencari Set Kesuburan sebagai ikhtiar untuk membantu anda atau isteri untuk hamil dan seterusnya mendapatkan cahayamata penghibur hati. 
Alhamdulillah ramai telah memberi kepercayaan untuk mencuba set kesuburan shaklee untuk suami isteri ini. Sesungguhnya kita hanya mampu berikhtiar, selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah. Usaha penting, dan diikuti dengan doa dan tawakal. InsyaAllah.
Set Kesuburan Shaklee

Apakah Set Kesuburan Shaklee ?

Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilandan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.

Faktor dan Punca Penyebab Susah Mengandung

1. Makanan yang Mengurangkan Kesuburan Lelaki dan Wanita

Sebelum kita teruskan, kenali dulu apakah makanan yang boleh mengurangkan atau menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki. Antara makanan yang perlu dikurangkan adalah makanan tinggi karbohidrat , gula dan manisan. Jauhkan makanan segera, makanan diproses atau yang di awet. Kurangkan juga perisa dan pemanis dalam makanan. Alkohol juga menjadi punca masalah ketidak suburan. Jadi suami dan isteri kena perhati juga cara pengambilan makanan ya. Kalau nampak ada yang terlebih tu usaha untuk kurangkan

2. Rokok

Dr. Hamid Arshat  dalam artikelnya yang berkaitan makanan meningkatkan kesuburan lelaki juga mengatakan rokok dan tembakau perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma lelaki.Bagi yang merokok dan berniat untuk berhenti merokok namun sukarjangan risau, walaupun anda mungkin seorang perokok tegar,  ada sesuatu yang dapat membantu yang telah terbukti hasilnya. Hanya amalkan Vivix sesudu kecil setiap hari dan anda akan dapati lama-kelamaan rokok yang dihisap akan mula akan terasa pahit. Inilah yang berlaku kepada  perokok tegar. Ikuti Testimoni Vivix Cara Mudah untuk Berhenti Merokok.

3. Berat Badan Berlebihan

Satu lagi, faktor yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung ialah masalah berat badan atau obesiti. Ada beberapa pelanggan yang akhirnya berjaya hamil setelah menurunkan berat badannya selepas mencuba Set Kurus Shaklee. Nyata, berat badan turut memainkan peranan dalam hal ini. Tuan, puan  boleh hubungi saya untuk berbincang lanjut mengenai Set Slimming ini.

Set Kesuburan Kehamilan Shaklee  Optimum(Premium) 


Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ni ? Dan bagaimana ia dapat memberi manfaat dalam membantu pasangan mendapatkan anak ? Jom baca selanjutnya… 
Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN PREMIUM Optimum Shaklee ada 8 jenis yang merangkumi untuk suami isteri :
(1) ESP (Protein) 

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 

(2) Vita-Lea (Multivitamin) 

Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

(3) Vitamin C 

Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex 

Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum,tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilahB-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.
(5) Vitamin E & Selenium –

Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggidan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa 

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yangtidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(8) GLA Complex – 

Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teraturatau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 

set Kesuburan Shaklee
Set Kesuburan Premium da Optimum Shaklee. Lengkap Untuk Suami Isteri
Kesemua 8 jenis vitamin tersebut adalah terkandung dalam Set Kesuburan Lengkap atauFull Set Shaklee. Kiranya set ini memang lengkap selengkapnyalah untuk kesuburan lelaki dan wanita. Selain daripada set premium ini, kita juga ada Set Kesuburan Medium dan Set Kesuburan Bajet aka Set Kesuburan Asas.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri

Bagi yang inginkan set subur untuk isteri sahaja. Vitamin yang direkomenkan adalah seperti dibawah.
B Complex

ESP
GLA Complex

B-complex

ESP ShakleeGLA Complex
Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri
Selain untuk ketenangan B-Complex Shaklee ini juga lengkap dengan asid folik. Wanita yang ingin hamil memang digalakkan ambil asid folik. Jadi dengan B- Complex ini memang dah ada sekali. ESP tadi untuk kesuburan telur manakala GLA Complex pula untuk keseimbangan hormon dan menghasilkan medium kesuburan.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami.

Vita-E Complex dan Zinc yang bertindak untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma selain mengekalkan paras hormon lelaki dan keinginan seksual.

Zinc Complex Kesuburan Lelaki & Atasi Keguguran Rambut

Vita-E Kesuburan Lelaki
Set Kesuburan Shaklee untuk Suami
Nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita? 

Set Kesuburan Shaklee Tahan Berapa Lama ?

Set ini tahan hampir 120 hari atau 4 bulan lamanya jika dimakan seorang untuk setiap jenis set, set subur lelaki dan wanita. Kecuali ESP yang biasanya tahan 1-2 bulan. Tapi Vita-C boleh mencecah sampai 6 bulan sebab dalamnya ada 180 biji. Sehari sebiji sahaja.
Lagi satu, anda tidak perlu ambil kesemua vitamin di atas jika ada kekangan bajet. Shira akan cadangkan vitamin asas atau yang mana sesuai dengan bajet anda. Tetapi jangan sesekali mengambil Trial Pack kesuburan kerana pek percubaan ini hanyalah untuk 30 hari sahaja, sedangkan sel-sel kita memerlukan masa 90 hari untuk diperbaharui. Jadi dengan Trial Pack mana mungkin anda mendapat kesan yang maksimum !
Lagi pun vitamin yang dibuka untuk di pek semula ni mungkin terdedah kepada kekotoran. Dalam kata lain sukar dipastikan tahap kebersihannya. Tak hygene la senang cerita. Jadi lebih baik ambil yang Set Medium atau Set Bajet. Dah tentu terjamin kualiti dan kebersihannya !

Set Kesuburan Shaklee Untuk PCOS, Testimoni.

PCOS atau Polycystic ovarian syndrome adalah penyakit yang mengganggu kesuburan wanita berkaitan dengan ketidaknormalan haid dan hormon yang sekaligus menyukarkan seseorang untuk mengandung.  Ingin saya kongsikan cerita yang salah seorang pelanggan saya yang telah mengambil Set Kesuburan Shaklee berjaya hamil setelah hanya sebulan mengamalkanya. Dan lebih mengejutkan beliau adalah pesakit PCOS berusia 43 tahun dan  hanya ada satu ovari saja ! Subhanallah, Ahamdulillah. Dan walaupun beliau yang ada masalah, namun beliau ambil sekali produk untuk suami, demi kesihatan lelaki dicintai. MasyaAllah, ciri ciri isteri solehah, tetap mahukan yang terbaik untuk suami.
Testimoni Set Kesuburan Shaklee
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari. 

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461
 Serta Shira akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul kepada semua customer2 yang purchase dengan Shira SAHAJA :) 

Assalamualaikum.

Friday, December 25, 2015

Set Penyusuan Shaklee Tidak Berkesan?

Keluhan ini biasa didengari oleh ibu-ibu yang dah ambil set menyusu tetapi tidak menjadi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan set menyusu ini tidak berkesan iaitu:

1.     Kurang mengosongkan payudara: Ibu harus ingat susu yang dibiarkan penuh dan tidak dikeluarkan samaada dengan cara pam atau direct feeding akan mengurangkan kuantiti susu seterusnya. ini adalah kerana susu yang dibiarkan penuh di dalam payudara selama 3 jam atau lebih memberikan signal bahawa demand baby semakin berkurangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk sentiasa kosongkan payudara dalam masa 3 jam. Jika bayi susu sebelah saja, sebelah lagi haruslah dipam segera. ibu tidak perlu takut jika sebaik sahaja mengepam, anak menangis minta susu, dan susu dah jadi ringan. Ini adalah kerana susu yang ringan bermaksud hanya HINDMILK yang tinggal. Hindmilk inilah yang mengenyangkan anak. Hindmilk ini juga tidak mudah dikeluarkan hanya melalui pam sahaja, kebiasaanya ibu perlu melakukan marmet iaitu picit susu yang akhir sekali kerana ianya agak pekat dan itulah butiran susu yang paling berharga dan mengenyangkan sekali.

2.     Kurang minum air: Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan pengambilan vitamin ini sia-sia sahaja. ini adalah kerana air lah yang membantu vitamin dapat menyerap di dalam badan dengan sempurna. Tambahan lagi ibu menyusu pasti akan berasa haus samaada setelah benyusukan bayi ataupun setelah pam kerana sudah tentu 80% kandungan susu ibu adalah daripada air. 

3.     Stress: Stress juga merupakan faktor utama susu menjadi kurang. lebih-lebih lagi jika anda terlalu terdesak untuk membuat stok susu yang secukupnya untuk bekalan anak keesokan hari. Stress akan mengurangkan penghasilan susu kerana stimulasi susu melalui otak tidak berjalan dengan sepenuhnya. ibu yang sedang stress perlu rileks dahulu sebelum mengepam susu, alihkan tumpuan kepada perkara lain yang menyenangkan seperti melihat gambar anak. Cubalah lakukannya, dan anda akan mendapati hasil yang berbeza,

4.     Ibu berdiet: Selepas bersalin, selalunya ibu begitu terburu-buru untuk diet dan untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing kembali. Akibatnya, ibu skip makan dan ini menyebabkan susu berkurangan. Ibu tak perlu risau, di bawah ini nanti akan saya berikan info bagaimana hendak kekal kurus sambil menyusu. Selepas itu, jangan takut untuk makan walaupun 4 pinggan nasi sehari, semakin banyak anda makan, semakin banyak susu keluar, dan semakin kurus badan anda. menyusukan bayi dengan kerap dan pump susu yang banyak akan bantu mengecutkan rahim dengan cepat dan mengembalikan bentuk badan yang ideal dengan segera.


5.     Breast Pump yang tidak sesuai: Ibu harus berani mencuba pelbagai jenis pump susu kerana setiap pump memberikan hasil yang berbeza.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh whatsapp
Shira 0133484461
 Serta Shira akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul kepada semua customer2 yang purchase dengan Shira SAHAJA :) 

16 Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum mommy2 yang hebat semua!


Set Menyusu Shaklee adalah antara produk yang terlaris Shaklee. Kenapa? Set ini adalah terdiri daripada bahan semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan yang tidak elok kepada bayi yang menyusu!


Berikut antara kebaikan Set Menyusu Shaklee:-


·         Boleh diambil seawal sehari selepas bersalin

·         Membantu ibu kekal bertenaga

·         Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu

·         Kulit menjadi lebih halus dan gebu (ibu dan juga bayi yang mendapat khasiat melalui penyusuan)

·         Meningkatkan kualiti susu (lebih pekat dan berkhasiat)

·         Mencegah jerawat memperbaiki kulit

·         Menghilangkan stress

·         Mengurangkan sakit2 badan

·         Mengetatkn ‘miss V’ dan memperbaiki hubungan intim

·         Menghilangkan keputihan

·         Menguatkan rambut dan kuku

·         Mencegah payudara jatuh

·         Meningkatkan fungsi saraf

·         Mengurangkan sinus/allergi

·         Mengawal berat badan

·         Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi

 

Komponen set menyusu shaklee yang betul-betul lengkap terbahagi kepada 6 vitamin. 

Set ini juga dikenali sebagai set 3M (Maxmimum Milk Maker/ Booster). 6 vitamin tersebut adalah:



 

Vitalea dilengkapi dengan 21 vitamin penting yang disayartakan oleh RDA untuk sesebuah multivitamin. Vitamin B12 yang terkandung di dalamnya lah yang menjadi pemangkin utama untuk membekalkan susu yang banyak kerana ianya mampu membina sel darah merah yang digunakan untuk menghasilkan susu. Selain itu, ia juga melengkapi keperluan vitamin ibu menyusu dan juga membekalkan nutrien yang secukupnya kepada anak. ibu yang tidak mengambil multivitamin akan mendapati susu mereka cair dan ini juga boleh dilihat daripada pertumbuhan anak yang kurang naik berat badan (underweight).

Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan kerana mempunyai akar yang panjang sehingga enam meter untuk menyerap segala nutrien di dalam tanah yang tidak boleh diserap oleh tumbuhan biasa yang mempunyai akar yang pendek.Alfalfa juga merupakan sumber klorofil yang tinggi lebih baik daripada spirulina. kandungan utama adalah vitamin A,C,E, Zinc, kalsium dan fosforus. Alfalfa merupakan sumber tumbuhan yang asli yang mampu memberikan nutrien yang baik kepada susu ibu. Ia juga memekatkan darah dan sekaligus memekatkan susu ibu.

B complex mengandungi kesemua vitamin B yang diperlukan oleh tubuh. B12 merupakan komponen yang paling utama untuk pembentukan susu ibu yang lancar. ia menghalang duktus susu ibu daripada tersumbat dengan cara menghalang pembentukan lemak tidak perlu dan melancarkan peredaran darah. Ia juga memberikan mood happy kepada ibu menyusu dan sekaligus membantu ibu menstimulasi lebih banyak penghasilan susu yang berkualiti.

ESP Shaklee merupakan protein soya bukan jenis tiruan (Non-Genetically Modified Orgasms).GMO Protein daripada brand lain amatlah berbahaya kepada tubuh badan manusia.Keperluan protein untuk setiap individu adalah berbeza. ia mampu bembanyakkan susu ibu kerana susu ibu berasal daripada protein. Jika ibu kekurangan protein, badan juga tidak akan mampu menghasilkan susu yang banyak. Ibu yang menyusu juga mempunyai hormon yang berbeza, sebabitulah ibu yang menyusu pada awalnya tidak akan datang haid selama beberapa bulan ESP juga mampu membantu menyeimbangkan hormon ibu dan menjaga mood ibu.

Sustained release vitamin C adalah formula yang unik kerana mampu melepaskan vitamin c secara perlahan dalam masa 5 jam. Pelepasan secara berperingkat ini amat penting untuk memastikan tubuh mampu mengekalkan kandungan vitamin C dalam badan dengan lebih lama dan tidak memedihkan perut. Ibu yang menyusu lebih cepat kehilangan vitamin C berbanding mereka yang tidak menyusukan anak kerana vitamin c ibu telah diserap di dalam susu yang dihasilkan. Kekurangan vitamin c akan melemahkan sistem pertahanan badan ibu dan anak, serta melemahkan tulang, gusi dan dan seluruh tubuh ibu. Manakala pemgambilan vitamin C yang mencukupi mampu menguatkan sistem imun ibu dan anak kerana mendapat susu yang kaya dengan vitamin C.

Ostematrix merupakan sumber kalsium yang kaya dengan kalsium, magnesium vitamin D3 dll. Ibu yang menyusu amat memerlukan kalsium yang tinggi untuk menghasilkan susu. namun minum susu sahaja tidak mencukupi kerana kekurangan magnesium dalam badan akan menghalang penyerapan susu yang sempurna oleh badan. Sebab itulah sesetengah orang akan mendapati mereka sakit perut selepas minum susu , atau lactose-intolerant. Inilah sebabnya pentingnya magnesium untuk memastikan susu yang diambil diserap oleh badan dan disalurkan ke tempat yang sepatutnya seperti tulang, gusi, gigi dsb, dan bukan ke perut semata-mata, Ibu menyusu sering kekurangan kalsium, sakit pinggang tulang belakang, gusi, gigi kerana kalsium diserap oleh bayi yang menyusu, Jika ibu kekurangan kalsium. penghasilan susu yang seterusnya akan menjadi lebih sedikit dan menyebabkan anak tak cukup susu.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh whatsapp
Shira 0133484461

 Serta Shira akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul kepada semua customer2 yang purchase dengan Shira SAHAJA :)