Sunday, November 15, 2015

Gold Coast Melaka International Resort. Theme Park Baru di Melaka!

Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan tarikan pelancongan yang menarik. Malah beberapa projek masih giat dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama badan tertentu bagi memastikan negeri itu sentiasa dikunjungi pelancong.
Kalau sebelum ini, di Melaka sudah terdapat beberapa taman tema air seperti Melaka A Famosa Water World dan Melaka Wonderland Theme Park, kini satu lagi tarikan baru telah dibuka.
Gold Coast Melaka International Resort, memang masuk dalam list lah ni, boleh bawa anak-anak nanti jika ke Melaka.

Kawasan taman tema beserta dengan resort ini secara rasminya mula dibuka sekitar September yang lalu selepas mengalami proses naik taraf. Kata pengunjung yang telah kesana, “dulu biasa-biasa je tapi sekarang memang cantik dan terbaik”.

Untuk mereka yang nak merasai sendiri pengalaman menginap di sini, ada resort juga disediakan. Terdapat 322 bilik dan 840 katil.

Antara tarikan di sini ialah wave pool iaitu kolam berombak. Macam best je kan sambil-sambil itu anak kecil boleh naik swan ini.

Pembangunan fasa seterusnya membabitkan lebih banyak permainan termasuk ‘tornado’, ‘sliding pool’ (kolam gelongsor) yang dijangka siap sepenuhnya tahun ini.







Semasa di awal pembukaan, harga promosi yang ditawarkan sehingga 31 Oktober yang lalu ialah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak.
Namun harga cadangan ialah kira-kira RM40 seorang. Untuk info lanjut boleh lah hubungi Gold Coast Melaka International Resort ini terus.

5 Tempat Makan Best Mesti Cuba

5 tempat makan best yang mesti korang cuba! Jom tengok entry bergambar ni untuk tatapan korang. Alamat dan waktu operasi dah disediakan. Senang korang nak terjah.

1. The Chemistry Cafe+Lab
Alamat:26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin - Jumaat 12:00pm-12:00am 
                            Sabtu - Ahad 10:00am-1:00am




2. Foodsbury
Alamat: Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam

Waktu operasi: Selasa - Ahad 12:00pm - 11:00pm





3. Hello Kitty Gourmet Cafe
Alamat: Lot 083.F.6, Ground Floor, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid, No. 3, Jalan PJS11/15, Petaling Jaya, Bandar Sunway, 46150

Waktu operasi: Isnin - Jumaat 10:00am - 11:00pm
                            Sabtu - Ahad 10:00am - 1:00am





4. Rimba & Rusa by Wondermilk

Alamat: Persiaran Surian, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad 8:00am - 11:00pm
                         Jumaat 4:00pm - 11:00pm
                         Isnin Tutup







5. Levain Boulangerie & Patisserie

Alamat: No. 7, Jalan Delima Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia 
             Tel:03 2142 6611 Email:enquiry@levain.com.my 

Waktu operasi: Isnin - Ahad, 7.30 am- 9.00 pm




Selamat mencuba!